Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 07, 2018, 07:54 am
Penguguman penting kepada anda yang berjaya ditawarkan ke matrikulasi bagi pengambilan sesi 2018/2019, anda perlu membuat Prapendaftaran secara dalam talian bermula pada 14 Mei 2018 jam 12.01 tengah hari hingga 18 Mei 2018 jam 11.59 malam. Sila layari laman sesawang mengikut kolej matrikulasi yang telah ditawarkan seperti di bawah untuk membuat pendaftaran. Suka diingatkan pautan sistem untuk tahun 2018, masih belum dikemaskini, rujuk semula pautan dibawah apabila sistem pra pendaftaran telah dikemaskini pada 14 MEI kelak.
Kolej | Laman sesawang |
Kolej Matrikulasi Melaka | |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan | |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang | |
Kolej Matrikulasi Perlis | |
Kolej Matrikulasi Labuan | |
Kolej Matrikulasi Johor | |
Kolej Matrikulasi Perak | |
Kolej Matrikulasi Kedah | |
Kolej Matrikulasi Pahang | |
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah | |
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang | |
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor | |
Kolej Matrikulasi Selangor | |
Kolej Matrikulasi Kelantan | |
Kolej Matrikulasi Sarawak |
Kepada anda yang menerima tawaran matrikulasi dan ingin membuat persediaan dari segi suasana pembelajaran, subjek yang diajarkan dan sebagainya, rujuk artikel panduan matrikulasi 1 tahun (PST) dan (PDT) dibawah untuk persediaan.
Manakala, bagi anda yang masih keliru manakah lebih baik antara diploma, matrikulasi, tingkatan 6 atau asasi, boleh baca artikel perkongsian kami berkaitan kelebihan dan kelemahan bagi setiap laluan pra universiti :
Kelebihan & Kelemahan Asasi/Foundation - Afterschool
Kelebihan & Kelemahan Tingkatan 6 (STPM) - Afterschool
Kelebihan & Kelemahan Matrikulasi - Afterschool
Kelebihan & Kelemahan Diploma - Afterschool
Bagi anda yang masih ingin menunggu keputusan UPU bagi kemasukan ke pengajian asasi dan diploma pada 21 Mei ini anda dinasihatkan untuk membuat sahaja prapendaftaran Matrikulasi. Ini bagi mengelakkan situasi apabila anda gagal ditawarkan ke asasi atau diploma dan pada masa yang sama tidak membuat pra pendaftaran ke matrikulasi. Bukankah rugi dan menyesal tidak sudah nanti. Sekiranya anda berjaya ditawarkan ke pengajian asasi atau diploma kelak, anda tidak perlu hadir mendaftar ke matrikulasi. Mudah kan?. Tidak perlu peningkan kepala memikirkan dilema anda itu.
SEMOGA BERJAYA KAMI UCAPKAN!
Perlukan
bantuan?