Permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja kini dibuka

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 11, 2016, 03:37 pm

Sertai Maktab Tentera DiRaja(MTD) dan jadi terbaik di antara yang terbaik!  RMC-kids Maktab Tentera Diraja (juga dikenali sebagai MTD atau Akademi Tentera Sandhurst Malaysia) merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan untuk melatih anak muda Malaysia untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera DiRaja Malaysia. Kampus MTD seluas 1,200 ekar (4.9km2) dan berdekatan dengan bandar Sungai Besi (kira-kira 10 batu(16km) dari Kuala Lumpur). MTD turut berlatar belakangkan pemandangan indah Mines Resort dan stadium Bukit Jalil. Bersebelahan MTD adalah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kebiasaannya, pelajar yang sedang menuntut dipanggil "Present Putra" sementara bekas pelajar dipanggil "Old Putera" atau singkatannya, "OP". Terma Putera digunakan sebagai melambangkan status diraja MTD. Tawaran ini dibuka kepada pelajar lelaki yang menuntut di Tingkatan 3 pada 2016. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Jantina: Lelaki
  • Ketinggian mininum: 1.52m
  • Berat minimum: 40.5kg
  • Indeks Jisim Badan (BMI): 18 hingga 27
  • Saiz dada: 74cm (semasa rehat) dan 79cm (semasa bernafas)
  • Tiada kecacatan mata termasuklah rabun jauh dan dekat dan rabun warna
  • Sihat secara fizikal dan tiada masalah kesihatan yang boleh menghalang calon daripada melakukan aktiviti fizikal
  • Mendapat keputusan baik dalam PT3 2016, termasuklah subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • Permohonan diterima mulai sekarang tetapi panggilan temu duga hanya akan diumumkan selepas keputusan PT3 diumumkan.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam aktiviti sukan, aktiviti beruniform, kelab sekolah dan muzik.
  • Calon yang layak akan dimaklumkan melalui SMS
  • Sesi temu duga akan dijalankan pada minggu kedua Januari 2017 (untuk calon dari Semenanjung Malaysia) dan minggu ketiga 2017 (untuk calon dari Sabah dan Sarawak).
  • Hanya calon terpilih dan yang berjaya dalam sesi temu duga akan ditawarkan tempat di MTD untuk kemasukan Tingkatan 4 tahun 2017.
Selain diberikan elaun RM100 setiap bulan, pelajar MTD dikecualikan daripada sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran pencapaian akademik, insuran dan kebajikan pelajar) sepanjang pengajian di MTD. Semua kemudahan adalah PERCUMA termasuklah makan, penginapan, buku teks, buku latihan, buku nota, dan alat tulis serta uniform. Piagam Maktab Tentera DiRaja menyatakan objektif penubuhan MTD adalah untuk memberi persediaan kepada anak muda Malaysia dalam menjadi pegawai Angkatan Tentera Malaysia, menjawat jawatan dalam pengurusan tertinggi khidmat awam dan menjadi pemimpin dalam bidang profesional, komersil dan industri di Malaysia. AS-QA-600x200-1  
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail